Skip to main content

Jemputan ke World Expo Osaka 25/5/2025

Dalam era inovasi ini, bagaimana Malaysia memastikan masyarakat luar bandar turut menikmati kemudahan tanpa tunai seperti di bandar? Sertai kami dalam acara istimewa ini untuk meneroka solusi praktikal, berkongsi wawasan, dan membina ekosistem digital yang inklusif untuk semua.

Tajuk: Membawa adaptasi tanpa tunai dan teknologi di luar bandar Malaysia.

Aktiviti ini dianjurkan oleh KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), dahulunya dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), dan disokong oleh MJAA (Malaysia-Japan Academic Association).

Info Lanjut:
1.⁠ ⁠Tiket masuk ke World Expo Osaka pada 25 Mei 2025 akan diberikan.
2.⁠ ⁠Pakaian formal WAJIB dipakai.
3.⁠ ⁠Tarikh & Masa: 25 Mei 2025, 9:30 pagi.
4.⁠ ⁠Tempat berkumpul: Theme Week Studio, World Expo Osaka

*Tarikh Tutup: 16 Mei 2025
*Individu yang terpilih akan dihubungi melalui emel.

Disokong oleh Persatuan Akademik Malaysia-Jepun (MJAA)

Sila klik di sini untuk borang penyertaan. 

PIC: Sharifah Nurul Shahirah, Muhammad Aminuddin Bin Jumaat

Dalam era inovasi ini, bagaimana pihak PayNet dan TNG menjayakan hasrat dalam memastikan masyarakat luar bandar di Malaysia turut menikmati kemudahan tanpa tunai? Sertai kami dalam acara istimewa ini untuk meneroka solusi praktikal, berkongsi wawasan, dan membina ekosistem digital yang inklusif untuk semua.

Tajuk 1: PayNet memperkasakan Peniaga melalui Penyelesaian e-Pembayaran
Tajuk 2: Dari Lokal ke Global: Bagaimana TNG EWallet Memperkasakan Rakyat Malaysia dan Pelancong melalui Transaksi Rentas Sempadan
Tajuk 3: Peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup – Masa Depan Ekonomi Domestik yang Mampan

Aktiviti ini dianjurkan oleh KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), dahulunya dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), dan disokong oleh MJAA (Malaysia-Japan Academic Association).

Info Lanjut:
1.⁠ ⁠Tiket masuk ke World Expo Osaka pada 29 Mei 2025 akan diberikan.
2.⁠ ⁠Pakaian formal WAJIB dipakai.
3.⁠ ⁠Tarikh & Masa: 29 Mei 2025, 9:00 pagi.
4.⁠ ⁠Tempat berkumpul: Pavilion Malaysia, World Expo Osaka

*Tarikh Tutup: 16 Mei 2025
*Individu yang terpilih akan dihubungi melalui emel.

Disokong oleh Persatuan Akademik Malaysia-Jepun (MJAA)